Subject : Malay Language
Stream : Express
Level : Sec 3EXP / 3NA (EXP)
Day : WEDNESDAY
60 15
Nama : ____________________________________ (_____)
Kelas : ________ Tarikh : ____________
Guru Kelas : Cikgu Azizah / Erna / Mardiana / Sharifah Noraini / Maria
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
Dalam era globalisasi ini, manusia seolah-olah mencipta sejarah mereka sendiri tanpa jemu mengejar kemewahan dan mengutamakan keduniaan. Didikan agama dan tatasusila bak melukut di tepian gantang, tiada dipedulikan sama sekali. Pergolakan dalam keluarga [1] keruh lagi emosi remaja yang sedang bercelaru. Lantas mengukuhkan pengaruh rakan-rakan hingga melemahkan benteng keyakinan diri untuk menerima sahaja unsur-unsur negatif seperti merokok, [2] cicir dalam pelajaran, melibatkan diri dalam kumpulan samseng dan sebagainya. Kebebasan mutlak dan kemewahan tanpa sempadan sering [3] salah guna. Ketandusan masa berkualiti bersama keluarga menambah [4] bosan dalam kalangan remaja. Pengaruh media dan sekitaran seperti pusat-pusat hiburan bak cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini memburukkan lagi keadaan. Pergaulan bebas dan kenakalan remaja bukan lagi perkara yang [5] gerun. Sebaliknya ia menjadi keseronokan dan kemegahan generasi remaja masa kini.
(Dipetik dan diubah suai daripada Majalah Remaja, Februari 2006)
1. ____________________
2. ____________________
3.____________________
4. ____________________
5. ____________________
Soalan A2 (5 markah)
Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
A bagai unta menyerah diri
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti embun di hujung rumput
D ditatang bagai minyak yang penuh
E biar putih tulang jangan putih mata
F seperti orang buta kehilangan tongkat
G seperti pucuk yang layu disiram hujan
H seperti labah-labah cinta kepada telurnya
I bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
J berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Hadiah yang tidak ternilai itu tidak pernah dibayangkan Hasyim sebelum ini. Hadiah itu berupa ginjal isterinya sendiri. Azura tampil untuk mendermakan salah satu ginjalnya selepas kedua-dua ginjal suaminya itu dikesan tidak berfungsi lagi. Sejak doktor mengesahkan Hasyim menghidap penyakit ginjal sebulan yang lalu, dia pasrah dan menerima hakikat terpaksa menjalani dialisis seumur hidupnya. Penderitaan menjalani rawatan dialisis memang tidak dapat dibayangkan oleh ahli keluarga, namun [6] ______. Mentelah lagi, dia sudah lama menghidap kencing manis sejak dua dekad yang lalu [7] ______. Peluang untuk mendapatkan ginjal baru memang tipis disebabkan usianya yang lanjut. Sejak itu jugalah hidup mereka sekeluarga berada dalam kesukaran [8] ______ kerana biaya menjalani rawatan dialisis bukan sedikit. Pengorbanan isterinya tentu sekali membawa sinar baru dalam hidupnya, [9] ______. Sebelumnya, anak sulungnya yang baru mencecah usia 21 tahun, telah terlebih dahulu mengemukakan hasrat mendermakan ginjal kepada Hasyim kerana tidak sanggup melihat kesengsaraan yang ditanggung ayahnya itu. Hasyim bersyukur mempunyai isteri dan anak yang menunjukkan kasih sayang yang mendalam kepadanya, [10] ______. Bagi Azura pula, pengorbanannya itu wajar sebagai penghargaan kepada suaminya kerana Hasyimlah tempat dia sekeluarga bergantung hidup selama ini.
Soalan A3 (9 markah)
Arahan: Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian, tulis ayat kamu dalam ruang yang disediakan.
11 lelucon
__________________________________________________________________

12 mengerling

13 berkuat kuasa
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
Soalan A4 (10 markah)
Arahan: Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
Usaha untuk menambahkan bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang masak-memasak di negara ini hampir terlaksana. Ini menyusuli tertubuhnya Akademi Masak-Memasak di Politeknik Temasek yang [14] ______________ pembukaannya oleh Menteri Negara (Pendidikan), Encik Gan Kim Yong, baru-baru ini. [15] _____________ menyemarakkan sektor perusahaan makanan dan minuman (F&B) di sini, penubuhan akademi itu juga [16] ______________ mendedahkan pelajar kepada penyediaan makanan bermutu tinggi menerusi penggunaan kemudahan canggih. Pembukaannya akan menyediakan peluang lebih [17] _____________ bagi pelajar dan kakitangan berhubungan dengan para karyawan dan mereka yang terlibat [18] ______________ perusahaan ini. Penubuhannya juga selaras dengan pertumbuhan sektor F&B yang dilihat lebih cerah bagi tahun-tahun mendatang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 16 Ogos 2007)
Kefahaman Subjektif (26 markah)
Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
Beliau seorang jururawat terlatih yang meraih gaji yang tetap. Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap muzik, Encik Mohamed Faizal sanggup mengorbankan pekerjaan untuk menjadi seorang pemuzik profesional, walaupun kerjaya beliau sebagai jururawat stabil.
Alat yang dipilih juga luar biasa iaitu alat muzik tradisional Cina atau guzheng dengan alunan bunyian yang lunak dan menyegarkan. Beliau juga dipercayai pemain guzheng Melayu pertama di sini dan telah diundang untuk mempamerkan kemahiran bermain alat tersebut di beberapa majlis terutama majlis-majlis bagi menggambarkan keharmonian kaum.
Malah Encik Mohamed Faizal, 26 tahun, boleh bermain bukan satu tetapi empat alat muzik Cina – sanxian, gendang dan biola Cina. Anak muda yang berkelulusan diploma dalam jurusan kejururawatan dari Politeknik Nanyang itu mula berminat dengan guzheng dalam tahun 1999. Tanpa berfikir panjang, beliau terus mempelajari cara bermain alat itu daripada seorang guru dari China di Kelab Masyarakat Changi Simei selama enam bulan. Sejak itu beliau hanya bermain secara sambilan dan berlatih sendiri dan kini bermain dengan Persatuan Muzik Siongleng.
Setelah tamat pengajian dalam bidang kejururawatan pada tahun 2004, Encik Mohamed Faizal menjadi jururawat di Hospital Raffles sekitar setahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti. Beliau hanya mula bermain secara profesional kerana ingin mendedahkan dirinya sebagai pemain guzheng awal tahun ini.
Berkongsi pengalamannya belajar bermain alat muzik itu, beliau berkata, “Disebabkan guru saya berasal dari China, saya terpaksa meminta rakan-rakan untuk menterjemahkan apa yang diajarkannya.” Walaupun agak mencabar, kebolehan bermain alat muzik itu dengan baik dianggapnya amat berbaloi.
“Selain minat, saya juga mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa tidak mustahil untuk belajar bermain alat muzik Cina lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan berbangsa Cina,” kata beliau mengakhiri wawancara.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Alunan harmoni dari guzheng’ oleh Khalid Khamis, Berita Harian, 16 Ogos 2007)
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 6-7, jawab soalan-soalan yang diberikan. Seberapa boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
24 Mengapakah Encik Mohamed Faizal meninggalkan kerjaya sebagai jururawat?
(2 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
25 Nyatakan dua bukti yang menunjukkan bahawa beliau benar-benar cenderung
untuk mendalami alat muzik tradisional Cina.
(4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
26 Jelaskan dua sebab usaha beliau belajar bermain guzheng dianggap amat berbaloi.
(4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
27 ‘Beliau juga dipercayai pemain guzheng Melayu pertama di sini..’ Pada pendapat kamu,
bagaimanakah pernyataan ini dapat menggambarkan keharmonian kaum di sini.
(4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
28 Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan. Sokong jawapan kamu
dengan bukti-bukti yang sesuai daripada petikan.
(6 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Bagi Soalan 29 hingga Soalan 31, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.
29 alunan (baris 7 )
(2 markah)
__________________________________________________________________
30 berkelulusan (baris 13)
(2 markah)
__________________________________________________________________
31 mendedahkan dirinya (baris 23)
(2 markah)
__________________________________________________________________
Dipetik daripada kertas peperiksaan akhir tahun 2007, Sekolah Menengah Bukit Batok
Sunday, June 28, 2009
Mon_ML_3E
Subject : Malay Language
Stream : Express
Level : Sec 3EXP / 3NA (EXP)
Day : MONDAY
Nama : ____________________________________ (_____)
Kelas : ________ Tarikh : ____________
Guru Kelas : Cikgu Azizah / Erna / Mardiana / Sharifah Noraini / Maria
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
Tembikar ialah hasil kraf tangan Melayu yang (1) buat daripada tanah liat yang dibakar dan digilap. Ia digunakan sebagai (2) takung air, bekas minuman, bekas makanan, dan tempat simpanan bahan-bahan makanan untuk jangka panjang seperti jeruk atau pekasam. Kegunaan tembikar Melayu tradisi juga (3) hubung kait dengan upacara dan perayaan. Tembikar digunakan sebagai bahan kelengkapan utama dalam beberapa upacara adat seperti perasapan dan (4) embun untuk perubatan. Dalam upacara pertabalan sultan, tembikar digunakan dalam adat persiraman diraja. Penemuan artifak-artifak prasejarah (5) bukti tembikar sebagai bahan berharga dan sebagai simbol kebesaran.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dewan Siswa, Mac 2007)
1. ____________________
2. ____________________
3. ____________________

Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam ruang yang disediakan.
(A) air pun ada pasang surutnya
(B) besar periuk besar keraknya
(C) ditatang bagai minyak yang penuh
(D) bertelingkah bagai antan di lesung
(E) biar putih tulang, jangan putih mata
(F) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(G) gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar
(H) jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
(I) berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
(J) cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Filem ‘The Pursuit of Happyness’ merupakan sebuah kisah benar berdasarkan autobiografi Christopher Gardner. Berkat kegigihan dan kecekalannya, Christopher yang pada mulanya hidup miskin dan melarat akhirnya berjaya menjadi seorang jutawan. Walaupun telah ditinggalkan isterinya, Christopher menjaga anaknya baik dan dengan penuh kasih sayang, bak kata pepatah (6)_____. Untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan, Christopher telah memohon sebagai seorang pelatih broker saham. Dalam pekerjaannya, Christopher mencari pelanggan-pelanggan yang berpendapatan tinggi untuk melabur dengan syarikatnya kerana dia tahu mereka boleh mengeluarkan wang yang banyak untuk melabur kerana (7)_____. Dia juga berhati-hati bila berurusan dengan mereka kerana dia sedar bahawa percakapan yang sembarangan boleh menyinggung perasaan para pelanggannya itu, bak kata pepatah (8)______. Akhirnya, dengan usaha Christopher dan sikapnya yang tidak berputus asa, Christopher telah berjaya membuka syarikat pelaburannya sendiri dan menjadi seorang jutawan. Filem ini telah menyentuh perasaan semua orang yang menontonnya sehingga ada yang menitiskan air mata. Namun, sesusah-susah kita yang melihat penderitaan Christopher tentulah tidak sama dengan penanggungan yang dirasainya sendiri, seperti kata peribahasa (9)______. Pengalaman Christopher ini menunjukkan kita bahawa kehidupan ini ada kalanya senang dan susah, seperti (10)_____.
Soalan A3 (9 markah)
Arahan: Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian, tulis ayat kamu dalam ruang yang disediakan.
11 pasrah
______________________________________________________________

12 selok-belok

13 menimba pengalaman
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Soalan A4 (10 markah)
Arahan: Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
Kerja sukarela adalah suatu pekerjaan yang harus dilakukan untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Kerja sukarela ini (14)_______________ satu amalan baik yang patut dilakukan dalam sesebuah masyarakat (15)_______________ bangsa yang prihatin terhadap golongan yang dalam kesusahan. (16)_______________, mengapakah masyarakat sekarang kurang (17)_______________ dengan kerja sukarela? Masyarakat sekarang sibuk menguruskan pekerjaan sehingga mereka tidak (18)_______________ golongan yang susah. Sikap pentingkan diri sendiri ini membuatkan mereka lupa pada golongan yang kurang bernasib baik ini.
Kuman seperti virus dan bakteria merupakan antara kehidupan yang terawal di dunia. Walaupun hidupan ini terlalu kecil untuk dilihat oleh mata manusia tetapi berjaya mempertahankan kelangsungan hidup di bumi sejak jutaan tahun yang lalu. Kuman mempunyai keupayaan hidup yang luar biasa.
Malahan kuman mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Ketika dinosaur mengalami kepupusan kerana perubahan cuaca yang berlaku kepada bumi, kuman terus membiak dalam jumlah yang berlipat kali ganda. Terdapat banyak kuman baru muncul sama ada melalui cara mutasi ataupun revolusi. Yang lebih menakjubkan ialah kuman mempunyai kemampuan untuk membina kekebalan terhadap antibiotik sehingga menyebabkan usaha-usaha untuk menghapuskan mikroorganisma yang berbahaya sering kali menemui kegagalan.
Akibatnya wabak penyakit yang telah dihapuskan kini muncul semula dengan ancaman yang lebih berbahaya. Antibiotik yang sedia ada didapati kurang berkesan untuk menentang virus yang baru muncul ini. Lebih membimbangkan para saintis ialah virus ini didapati boleh merebak dengan cepat dan mengancam kehidupan manusia.
Belum pun penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) diatasi kini muncul pula satu penyakit yang dikenali sebagai selesema burung yang bukan sahaja menyerang haiwan tetapi juga menyebabkan kematian kepada manusia. Sehingga ke hari ini, para saintis masih belum dapat mencari punca sebenar jenis virus yang menjadi wabak penyakit ini. Yang diketahui ialah penyakit ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ayam dan burung liar. Segala-galanya masih kabur bagi para saintis dan virus flu yang menjadi punca kematian lebih 50 juta orang di seluruh dunia pada tahun 1918 terus menjadi satu misteri dan persoalan belum terjawab.
Selesema burung atau dikenali sebagai avian flu sebenarnya bukan merupakan satu jenis penyakit yang berbahaya. Namun, kini penyakit tersebut dianggap sebagai ancaman terbesar kepada kesihatan manusia pada abad ini. Virus selesema burung amat ganas kerana boleh membunuh ayam dalam tempoh masa 36 jam dan menyebabkan jangkitan pada otak manusia.
Para saintis masih bingung bagaimana virus selesema boleh menular terus daripada haiwan ke manusia. Penularan penyakit itu dipercayai mungkin telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu.
Untuk menentang virus flu bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana virus tersebut sentiasa bertukar bentuk sehingga mengakibatkan ubat yang digunakan masa masa kini tidak lagi berkesan digunakan pada masa yang akan datang. Sementara pencarian terhadap ubat flu dilakukan, virus tersebut akan menyerang dengan agresif dan membiak dengan cepat.
(Dipetik dan diubah suai daripada Selesema Burung – Ancamannya Terhadap Manusia, Dewan Siswa, April 2005)
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4-5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam ruang yang disediakan.
19 Kuman dianggap luar biasa kerana __________.
A tidak dapat dilihat oleh mata kasar
B merupakan kehidupan terawal di dunia
C telah berjaya kekal hidup hingga sekarang
D telah berjaya hidup lebih lama daripada dinosaur ( )
20 Bukti yang menunjukkan bahawa kuman boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya ialah kuman __________.
A telah membiak dengan banyak
B dapat hidup lebih lama daripada dinosaur
C masih hidup walaupun dinosaur telah pupus
D tidak pupus walaupun terdapat perubahan cuaca di bumi ( )
21 Virus flu yang membunuh manusia pada tahun 1918 masih menjadi misteri kerana __________.
A perkara itu telah berlaku terlalu lama dahulu
B bilangan manusia yang mati adalah terlalu ramai
C para saintis masih belum tahu punca sebenarnya
D penyakit ini mempunyai hubungan rapat dengan ayam dan burung liar
( )
22 Avian flu dianggap sebagai ancaman terbesar kepada manusia kerana ________.
A boleh merosakkan otak manusia
B boleh membunuh ayam dalam masa yang singkat
C boleh menular terus daripada haiwan kepada manusia
D para saintis tidak dapat mencari antibiotik untuk membunuhnya ( )
23 Cabaran utama menentang virus flu ialah __________.
A virus tersebut sudah kebal
B pencarian antibiotik sangat mahal
C virus tersebut sentiasa bertukar bentuk
D virus tersebut akan membiak dengan cepat ( )
Dipetik daripada kertas peperiksaan pertengahan tahun 2007, Sekolah Menengah Bukit Batok

SELESAI
Cara Menjawab:
Jika anda ingin menghantar jawapan anda melalui ruangan komen di dalam blog ini, sila nyatakan Nama, Kelas, dan Tarikh Penghantaran. Tuliskan sahaja jawapan-jawapan seperti berikut:
Nama: ________
Kelas: _________
Tarikh: ________
Soalan A1:
1)
2)
.
.
.
Soalan A2:
6)
7)
.
.
.
dan seterusnya...
Sekian, terima kasih.
Selamat Mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)